Saturday, December 17, 2011

cuba try




cuba try kokakola alaminya, yea~

selagi kita tak mencuba, kita takkan tahu macam mana susahnya atau macam mana mudahnya atau macam mana seronoknya sesuatu perkara tu..

kalau dah cuba dan terjatuh sewaktu mencuba, jangan pernah berhenti mencuba sebab kadang2 trial and error tulah jdkan kte warrior..

Allah ada caraNya sendiri dalam membina kekuatan seorang hambaNya,

ada yang hebat kerana dtg dari keturunan yang hebat-hebat,
ada yang jd hebat setelah mendapat didikan yang baik di sekolah,
ada yang jadi hebat sbb dia belajar dari kegagalan dan sikap tidak putus asa dia.

tapi jadi hebat disini bukanlah dimaksudkan hebat dimata manusia, tapi hebat di mata Allah kerana

BILA KITA HEBAT DI MATA ALLAH MAKA KITA AKAN HEBAT DI MATA MANUSIA

segala yang kita lakukan di muka bumi ini hanyalah bekalan kita untuk hadapi akhirat yang kekal kelak.
sesungguhnya
solatku
ibadahku
hidupku
matiku
untuk Allah
rabb seluruh alam.

I LOVE ALLAH & RASUL







Sunday, December 11, 2011

Friday, September 23, 2011

harjihlaVT

credit


sila tgk program ni.terselah keindahan islam itu.

Thursday, September 8, 2011

LUPAKAH?!

tadi dia kata,

kita ada stalker tegar,

lupaka?!

jangan pernah lupa bahawa Yang di atas sedang melihat,

jangan buat-buat tak tahu weyh!

lawan selagi ada kudrat,

jangan bazirkan apa yang kau perolehi,

lawan Mr. S dengan Mr.N macam Ultraman lawan raksasa,

bila lampu dekat dada tu dah 'tindong tindong tindong' (ala lampu kt dada Ultraman yg bunyi-bunyi tu)

 pasti ada Dia untuk tolong kita.

; )




p/s: aku pun tak tau apa kena mengena Ultraman dengan post aku kali ni~ miahahaha 



Tuesday, August 16, 2011

koleksimenarik

Calligraphic version of the Basmala

siapa nak hadiahkan saya buku2 ini?
huhuhu














Wednesday, July 27, 2011

awkward


dulu mesti macam ni
tak suka >.<
kena belajar jadi peramah
sila sesiapa ajar saya
please

izzati ariff
I LOVE ALLAH AND RASUL



Monday, July 25, 2011

TQ



for listening,
for releasing the pain inside,
for lending me your shoulder,
for the tissues ngee.

and thank you Allah,
for everything.

izzati ariff
I LOVE ALLAH AND RASUL

Sunday, July 24, 2011

end!


بسم الله الرحمن الرحيم


akhirnya selama 2 bulan lebih, imtihan (exam) tamat! yeay! tapi sebenarnya yang tamat itulah permulaan bagi sesuatu yang baru.

masa lapang yang mengerikan.

kenapa ngeri? sebab untuk waktu2 yang free tula kita akan fikir "aku nak buat apa ni? takkan study kot. tgk movie la.facebooking ke. youtube, drama korea baru. hoooyeah!"

JANGAN!

saya ingatkan diri saya, jangan tarik diri sendiri pada saya yang dulu. saya yang terlalu tidak hargai masa.

.MASA.

nikmat dari Allah yang tidak boleh diminta kembali. sesaat ia pergi, kita tidak boleh minta ia dikembalikan.

so, plan good. penuhkan aktiviti sehari2 anda dengan perkara2 yang boleh mendekatkan diri pada Allah. guna masa sebaiknya. bayangkan satu saat=satu juta dollar.

WOW!

sanggup ke nak hilang berjuta-juta dollar dalam sehari. masa lebih mahal dari wang ringgit di dunia ni. jadi gunakan ia pada benda yang sepatutnya.

ngee =D

izzati ariff
SAYA SAYANG ALLAH DAN RASUL.



Tuesday, July 19, 2011

R.I.P

بسم الله الرحمن الرحيم




'So what makes us think we will be able to say La ilaha illalah so easily (before we die)?'

'Now I guarantee you can say it a million times if you want & everyone thinks they will be able to say it.'

'So test yourself. What rolls out of your tongue so easily? When you have a close call, or you drop something & it breaks, what is the first thing on your tongue?'

'Do you say Bismillah, Subhan'Allah, La ilaha illallah, Astagfirullah? Or is it a bad word?'

'"Oh sugar!" or something else, or do you start damning things because something happened or something broke.'

'So if in this Dunya, while you're 100% awake & conscious, the first thing that rolls out of your tongue is something bad,'

'what make you think you will be able to say La ilaha ilallah (on your deathbed)?'

Izzati Ariff
I LOVE ALLAH & RASUL

Sunday, June 19, 2011

EncikMohdAriff a.k.a AYAH


AYAH&ATI

Rindu,
saat kena dukung dgn ayah mcm ni,
Rindu,
saat dimanjakan oleh ayah bila ati demam (setiap bulan plak tu),
Rindu,
saat ayah selalu teman ati ambik gas kat klinik Kassim (sbb time tu kte berdue je),
Rindu,
bila ayah selalu urut belakang leher ati time letih tunggu luar klinik tu (haha byk spend masa kat klinik ngn ayah, sorry susahkan ayah)
Rindu,
saat cium tangan ayah bila setiap kali ayah drop ktorg stiap pagi depan sekolah (dari sek rendah sampai sek menengah)
Rindu,
nak dengar ayah marah ati setiap kali ati tak faham apa yang ayah ajar,
Rindu,
nak dengar ayah cakap "dictionary kan ada, pergi refer dictionary!",
Rindu,
saat-saat kita pekene mamak pagi2 heehee (mcm paling rindu yg tu je),
Rindu,
nak masakkan telur mata untuk ayah (bukan maksudnye saye reti masak telur mata je, heh)
Rindu,
nak SOLAT JEMAAH dengan AYAH,mama,kakak,kakby,adik mcm time kecik2,
Rindu,
nak dengar suara ayah mengaji setiap malam,
Rindu,
nak dengar ayah buat lawak (walaupun kadang2 x lawak,huhu tapi jadi lawak bila tengok ayah gelak)
Rindu,
nak tengok ayah senyum :D,
Rindu,
nak tengok ayah.
Rindu,
AYAH.

ayah tengah buat apa sekarang? Ati rindu~ sangat dekat ayah. Orang boleh kata ayah dia hebat, ayah die handsome, ayah dia caring, ayah dia selalu kasi apa yang diorg mintak, TAPI bagi Ati, AYAH lagi hebat! lagi handsome! (mcm Rosyam Nor time mude dulu~), lagi caring! apa Ati mintak ayah mesti kasi (kan? heeeeee). because for me YOU are the best AYAH ever! paling care pada anak2. minta maaf ayah sebab Ati selalu buat ayah pening kepala. minta itu minta ini. minta maaf kalau Ati selalu sakitkan hati ayah. buat ayah susah hati. buat ayah penat layan kerenah Ati. and TERIMA KASIH AYAH! sebab teman Ati dari saat dalam labour room Pusat Rawatan Islam sampai hari ini (walaupun hari ini kita jauh tapi ayah dekat dalam hati Ati heeee). hanya Allah yang boleh balas jasa ayah. and Ati doa supaya Allah beri peluang kat Ati untuk berjasa dekat Ayah, dengan sepenuh kudrat Ati kelak,tanpa rasa jemu, sepertimana Ayah pernah jaga Ati.

.Ati Sayang Ayah.
"Terima Kasih Allah kerana mengurniakan seorang Ayah yang tiada bandingan, Kau peliharalah imannya,kesihatannya,keselamatannya di dunia dan akhirat kelak. Kurniakanlah padanya rahmatMu yang tiada terhingga. Berkatilah setiap rezeki yang Kau kurniakan padanya. Kau tenangkanlah hatinya. Jauhilah dia dari dugaan dan godaan syaitan. dan kurniakanlah baginya umur yang panjang, agar dapat aku berjasa untuknya. Ameen Ya Robb~"



NurulizzatiMohdAriffArifin
I LOVE ALLAH AND RASUL
AND I LOVE MY AYAH! YES I LOVE YOU.

comel kan?

Khas untuk mereka2 yg frust time exam.(termasuk saya) heh :p
hanya perlu tawakal.
ye! tawakal.
bukan tawakal sikit, tapi BESAR punye tawakal.
tawakal sepenuh <3.

Friday, June 17, 2011

Gee


بسم الله الرحمن الرحيم

Sanah Helwa,Selamat Ulang Tahun,Happy Birthday!
.FARISA IQBAL KATHRADA.

Syukur dengan umur yg dikurniakan,
Redha dengan nikmat yg x pernah putus itu,
Taat selagi masih bernafas,
dan
Cintai Dia dengan seluruh jiwa.

TERIMA KASIH SAHABAT KERANA HADIR.
maaf jika pernah buat hati tersinggung.
moga ukhwah ini terus kukuh,
bukan sahabat sampai mati, tapi HINGGA SYURGA TERTINGGI.
ameen ya Rabb.

NurulizzatimohdarifF
I LOVE ALLAH AND RASUL
AND I LOVE YOU.

Monday, May 30, 2011

فرح

بسم الله الرحمن الرحيم

SAYA SANGAT GEMBIRA
terima kasih Allah
terima kasih Ya Rabb
hadiah paling indah pernah aku dapat

bila,
hati-hati berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada-Mu,
bertemu untuk taat kepada-Mu,
bersatu dalam rangka menyeru (di jalan)-MU,
dan berjanji setia untuk membela syari'at-Mu,

maka Kau kuatkanlah ikatan pertaliannya Ya Allah,
abadikanlah kasih sayangnya,
tunjukkanlah jalannya,
dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu,
hidupkanlah dengan ma'rifatMu,
dan matikanlah dalam keadaan SYAHID di jalanMU.


korang,jika dipanjangkan umur, aku nak baca kalimah ni dengan korang,
dengan seikhlas-ikhlasnya memohon pada Dia, Allah yang Maha Esa,
aku impikan kita sama-sama bergerak menegakkan agama Allah,
aku impikan aku melihat wajah korang di 'sana',
di syurga Allah yg tertinggi.

AKU RINDU KORANG!
saya rindu KLIG saya

nurulizzatimohdariff
I LOVE ALLAH AND RASUL
and i Love my KLIG


Sunday, May 29, 2011

Godaan ketika Solat





Pertanyaan Nabi (5):

“Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, bagaimana keadaanmu?”


Jawab Iblis:

“Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.


Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis sholatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”

T.A.W.A.K.A.L

بسم الله الرحمن الرحيم
"lepas awak dah usaha sehabis baik, tawakal betul2 dekat Allah..selagi hati awak x tenang maksudnye awak belum tawakal sehabisnya dekat Allah"

aku ambil nasihat tu sedalam-dalamnya..and Alhamdulillah bila kita betul2 letakkan segala-galanya pada ketentuan Allah, Allah memang akan bantu kita..

-percaya sehabis baik pada pertolongan Allah
-yakin seyakin yakinnya pada Allah, Dia Maha Pengasih
-selalu ingat Allah and istighfar padaNya

manusia memang x lari dari buat kesilapan kan, tak ada pun manusia yang sempurna dalam dunia ni..
Nabi Adam pun pernah buat kesilapan, ni kan kita,manusia biasa..
bukan nabi, bukan wali Allah...
TAPI kita kena sentiasa kembali pada Allah...
banyak kan muhasabah diri, dan cari kesilapan diri yang perlu kita baiki...

MOGA ALLAH PELIHARA KITA SEMUA, UMAT NABI MUHAMMAD.

p/s: x sabar nak tgk movie tu...nak rasa semgt tu jgk...
p/s 2: pada pelajar2 University Tanta, selamat berperang!!! Moga Allah permudahkan Imtihan duniawi kita ni and jgn lupa Imtihan Akhirat! (terlambat nak wish good luck, bz study ;P)

Thursday, May 5, 2011

NURLIYANAKHAIRUNNISA

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan dia memberimu pendengaran penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur” 16:78.

Happy Rebirthday.

Kamu sudah TUA! Sembilan belas tahun! Haha.

Yana sayang, I hope Allah sentiasa merahmati kau sepanjang 19 tahun ni dan untuk the next saat, minit, jam, hari, minggu, bulan or tahun yang akan Dia kurniakan pada kita insyaAllah. You have been a great friend to me and I have learn a lot from you. Thank You FRIEND! Aku doakan supaya Allah sentiasa jaga kau untuk aku. Always remember me and never forget Allah!. Lets do our best in dunya and akhirat. Ayat yang selalu aku dengar kat sini and nak share dengan kau,

‘SAYA NAK MASUK SYURGA DENGAN AWAK!’

ILOVEYOUSOMUCHYANA <3

Yours truly,

IzzatiarifF

I LOVE ALLAH AND RASUL

AND ALSO YOU!


p/s: fiza jgn jeles sbb kte ingat bday yana and wish on time. tak bermaksud pon nak lupe bday kau dlu. sorry!

Friday, April 29, 2011

L.O.V.E

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Siapalah aku menolak cinta,
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa.
"Hanya Tuhan yang mampu beri kita Cinta yang Agung"


Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal RasulNya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga.
"Pada merekalah perlu kita beri Cinta kita"


Di batasan cinta syariat terjaga,
Tanpa keraguan tanpa kesangsian.
"Peliharalah dirimu dari godaan Cinta yang hina"


Betapa sucinya kasihMu Tuhan,
Betapa agungnya kebesaranMu,
Diri ini mengharapkan cintaMu,
Kekalkanlah rasa kehambaan ku.
"Aku memerlukan CintaMu ya Allah, Cinta utamaku"


Bila cakap pasal Cinta mesti nak kaitkan dengan pujangga (haha ambik kau pujangga aku kasi). Dah bosan. Hanya pada lelaki je ke cinta kita ni layak diberi? Sekarang baru aku sedar Allah yang paling berhak terima Cinta aku..bukan manusia semata. Specific lagi, bukan lelaki semata. Inilah penyakit paling teruk sekarang dekat Malaysia.

Remaja + Cinta dusta = Kemurkaan Allah

so, kawan-kawan JOM Cari Cinta Illahi!

p.s : tapi bila tiba waktunya jangan tak cari pula cinta lelaki. we need it too but NOT NOW!(for those yang berumur agak2 mudalah)


IzzatiarifF
I LOVE ALLAH AND RASUL.

Sunday, April 24, 2011

SYURGA au neraka?

بسم الله الرحمن الرحيم


adakah esok itu pasti?
boleh ke kita jumpa lagi orang yang kita sayang bulan depan?
masih ada ke kita dekat bumi ni tahun depan?
kamu terlalu sure ke yang kamu boleh hirup lagi udara segar ni?
apa yang buat awak pasti sangat yang awak boleh hidup lagi 30, 40 tahun?
tak sedar ke kau yang roh ini milik Dia,Tuhan kita, Allah yang Maha Satu?
apa aje yang boleh kita dapat dengan kebahagiaan dunia ni?
lupa dah janji Allah tentang syurga yang abadi?
bukannya you tak nak semua nikmat syurgakan?

habis tu apa yang kita,kamu,awak,kau, you dan AKU buat sekarang??
makin hampirkah aku pada ganjaran syurga itu?
sedarkah aku bahawa MATI ITU PASTI?
tak takut ke aku kerna pada bila-bila masa Allah boleh TARIK ROH ini..
sudah ready ke aku untuk menemui ajal itu?

manusia, bila bercakap soal ajal cepat melenting...
bila diingatkan tentang ajal senang sgt menepis...
TAPI MATI ITU PASTI!
sangat pasti....

dah tau tentang semua tu kan sebenarnya,
habis kenapa masih menjauh?
kenapa masih terleka pada nikmat dunia?
kenapa masih lalai pada tanggungjawab seorang hamba, seorang daie?
kenapa masih menunggu saat yang tak pasti lagi akan hadir?

aku mesti bangkit! KITA mesti bangun...
jangan terus dibuai mimpi duniawi.
lihat pada yang kekal.
mahu NERAKA atau SYURGA?

*Ya Allah kau berikanlah kami hidayah dan petunjuk agar kami tidak menjadi hamba yang ingkar.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

IzzatiarifF
I LOVE ALLAH AND RASUL.

Thursday, April 21, 2011

Shrk

Assalamualaikum,

21 April,5.30 pagi, Rooftop Imarah...
tgh study2 tbe2 sya cakap
"aaaa zati da nampak da"...
cantik gile!huhu walopon x dpt tgk dkt puncak gunung Sinai, puncak imarah pon jadilah..^__^

SubhanAllah, indahnya ciptaan tuhan,
puas hati walopon dpt tgk sekejap..
5 min je pastu hilang...

esok insyAllah nak usha lagi, siape nak join?!

Wednesday, April 20, 2011

Terbaca

Assalamualaikum..

huhu dgn izin Allah, terbaca post kawan yang dolu-dolu..skrg dia dah tak update blog kot..rasa bersalah pun ada bila baca...kadang2 hati ni mmg susah nak dijinakkan untuk sayang sesorang kan..bukan senang kte nak rase sayang kat seseorang..its naturally..rasa bersalah juga bila kita tak balas balik rasa sayang dia kat kte..macam kte 'jual ikan' sgt kan..tapi sebenarnya bukan tak sayang..ada je rasa sayang cuma x banyak..sebab rasa sayang ni x boleh dipaksa kan..dia datang dgn sendiri..and memang lumrah alam kot manusia ni boleh selesa dgn certain2 orang je..mane yang masuk dgn soul kite...tapi i admit, tak patut memilih kawan ni...kene equal dgn semua..tapi soal hati mmg susah nak kawal...

and to you my dearly friend, jgn terlalu merendah diri..kitorg tak pernah pandang ko mcm tu..bagi aku kte semua sama je..kita hamba Allah kan...sorry sbb jarang lepak or contact ko dulu..and sorry sbb buat ko rase tersisih...i dont mean it :)



Nurul Izzati
I LOVE ALLAH AND RASUL.

Saturday, April 16, 2011

i love u sis~

Assalamualikum

Kak Fana, I LOVE YOU SO MUCH~
semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kakak.
always remember Allah.
always pay attention to Allah,
because when you pay attention to GOD, he will pay attention to YOU..
dont be sad..always be patient..
sangat penting kak untuk letakkan ALLAH tempat paling tinggi dalam HATI kita,
sebab bila Allah jadi kekasih pertama kita, hubungan kita dengan kekasih-kekasih kita yang lain akan terpelihara..
i care so much for you~

love,
Ati

Monday, April 11, 2011

its a bad day~

Assalamualaikum~

Alhamdulillah dapat sambung penulisan dekat bumi anbiya ni..dapat sambung balik timba ilmu dekat bumi yang sgt-sgt aku rindu ni...setelah lama leka dekat kampung halaman, rasa gementar bila jejak kaki kat mesir ni balik..gementar sbb tak cukup bersedia mungkin..terasa diri sangat rugi sbb x betul2 grab masa yang Allah kasi di Malaysia...boleh kate 70% masa digunakan dgn perkara x berfaedah...inilah aku, suka menyesal kemudian hari..tak pernah amik pengajaran...nak tulis lebih lagi tapi ade kelas arab jap gi...so mungkin nanti..

isi sbenanya is nak luahkan kesedihan dan kepiluan hati ni sebab HP MASUK JAMBAN!!!!!!!
ya Allah berilah aku kesabaran untuk menghadapi dugaan yang tersgtlah kecil jika nak dibandingkan dgn dugaan yang Engkau beri kepada saudara2 seislam aku di luar sana. -__-.

Tuesday, March 8, 2011

Tersedar!

Assalamualaikum~

Dah lama sangat aku tak update ni. Dah berapa banyak peristiwa jadi. Dah berapa banyak masa berlalu. Tapi aku rasa macam berapa kerat je benda berfaedah yang aku buat. Mungkin ada, tapi x banyak. Aku selalu macam ni. Menyesal lepas semua dah lepas.melepas~ haila.

last entry pasal winter break.haha winter break pon ke mane aku pon ke mane.
exam-study-rusuhan-kecoh-takut-cuak-gelabah-tbe2 no heart feeling-movie-buang masa. -_-
Tanta-Cairo-BKAWM-makan-movie-more masa terbuang. -__-
Cairo Airport-movie(sempat lagi kan, x snonoh)-JEDDAH.

Dekat Jeddah ni menarik.Tak pernah terfikir akan jejak kaki kat bumi tu semuda ni.ingat kan time nak pergi Haji nanti. Tapi perancangan Allah tu kan yang terbaik. ;D. First impression for tmpt Tabung Haji tu is 'Wow besar gle'.tapi tu pon impression lps sdr dr bgun tdo. sbelom tu sume x btol.haha.buka buka mata je nampak kak Malia luar bas. Heh mule2 ingat mimpi. Rupanya memang dia.Tengah semangat tunggu trip2 baru sampai. Dalam mamai mamai tu turun salam kak Malia and tak sempat nak tanya apa2 terus daftar nama.

Ambil food (Al-Baik nyum nyum) and still dalam mood mamai sampai food tu jatuh tergoleh di tanah.Tapi sebab atas dasar 'darurat mood' (lah sangat) aku pun kutip balik. Lagi pun delum lebih 3 saat. Dah tak fikir apa dah dalam keadaan bengong2 macam tu. Kami gerak ke 'gudang' (idk what it's call) tempat untuk kami berehat. Time masuk tu, takut~~ pelajar2 dari trip2 yang awal muka da macam zomba! huhu. Mungkin terlalu penat menunggu dalam gudang. Sampai akak2 yang dulu selalu dengan senyum besar dah x terdaya nak senyum dah aku tengok. Kesian. So aku manfaatkan tempat yang ada untuk berehat and solat. For me it is quiet an experience! dapat tidur dalam 'gudang'. Bukan mudah. Alhamdulillah after solat Subuh kami diagihkan ke bilik dalam blok blok tinggi depan'gudang' tu.

Pengalaman pertama satu bilik dengan senior2 Tanta yang kurang rapat. BEST! haha mereka semua lawak.Dan rajin.Dan baik hati.Dan suka berkongsi.Dan malangnya ada sorang suka membuli. Tapi hati dia baik.truly. Bila tengok gelagat mereka, macam2 aku belajar. Dulu aku selalu takut atau malas untuk ada kawan baru. Takut susah adapt. Takut tak satu kepala. Tapi bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. kan ;). Untung duduk sana. Makan banyak. Banyak gila! tiba-tiba tak rasa macam darurat. Jazakallah to those yang work hard untuk kami. Banyak makan dan banyak tidur. Sampai tahap rutin kami makan-tidur-makan-tidur-makan. Boleh gemuk aku! But still, thank you Allah for the rezqi. :))

Boleh dikatakan aku membuang lagi masa aku kat sana. Ruginya~rugi. Untuk beberapa hari terkahir dekat sana, aku pergi lepak dengan senior2 Tanta. Rindu mereka. Banyak yang aku dapat.Banyak.Pengalaman tidur sebelah akak 'Minicooper'. Hak Hak. taubat dah tak nak lagi. ;D. Seronok bila dapat join mereka pergi usrah dekat sana.Untungnya kami junior2 ni ada senior2 dekat mesir tu yang sangat sedar tentang tanggungjawab saling mengingati. ^__^. Walaupun tak diajak secara terang-terangan. But it's ok. huhu. Dapat semangat baru lepas pergi usrah tu. Walau pun sekejap.Terasa sekejap sangat. Tapi Alhamdulillah dapat something.

Semangat yang tadi diolah menjadi semangat beli jubah bila sampai dekat cafe bawah dengan akak2 tu semua.hoho.dapat kawan baru juga. Tapi lupa pulak nama akak n9 tu. Adeyh ni la aku susah sangat nak hafal nama orang. Lepas tu ada pulak adegan sweet kak Ain dgn kak Yanna. huhu. And aku hampir musnah kan plan kak Ain. huhu.sory kak. Lepas penat shopping (lama tuu tunggu jubah new edition sejam lebih) kami gerak balik. Hantar kak Ain dlu sbb nak lancarkan plan die utk kak Yanna tu. Duduk makan2 kejap, sampai tengok jam dah dekat nak pukul 1. Kami kami ni macam lepas gian pulak lepak sampai tengah malam. huhu. Sebelum naik bilik balik kak Ain kasi hadiah yang beli kat cafe tadi. Havoc betul time beli.

Sampai je dekat bilik mereka, akak2 lain pun tak tidur lagi. Macam tau tau je that is the day. Tiba2 dengar suara pakcik yang selalu buat announcement siapa balik siapa x balik. Kami pon terus keluar beranda. Hari memang dah lewat tapi suara pakcik tadi bagi tenaga xtra untuk aku berjaga.huhu. Dengar dengan tekun nama2 siapa yang balik hari tu. Mula2 sedih sebab macam tak dengar pun nama aku dalam list tu.Tapi second announcement ada pulak. Eisyh pakcik ni main cak cak pulak. So sebabkan tak puas hati kami turun untuk tengok hitam putihnya. Cewah. Perasaan time tengok senarai nama tu macam time ambil result SPM. Antara balik atau duduk lagi sehari. Aku dah tak tahan. Alhamdulillah Dia tentukan tarikh aku balik ke Malaysia 12 Feb. Happy sangat2 time dah confirm kan nama tu. Lagi happy dari time dapat result dulu.

Dan aku fikir dekat Malaysia boleh buat lebih banyak benda berfaedah dari duduk terperap dekat Jeddah. Tapi aku tak kuat untuk hadapi hari2 dekat Malaysia ni. Maybe time dekat Jeddah terover confident dapat tolak semua godaan. Memang aku dapat tolak tapi tak semua. Terutama godaan tidur tu. Adoy~ Sampai buat alasan yang rumah ni ada aura tidur. Rumah selesa sangat sampai rasa nak berehat je. Malaysia punya wheater suam2 kuku sampai buat aku terbuai2 je pagi2. adeyh. Padahal aku tak cukup kuat lagi nak elak nafsu tidur tu. Jadi macam dekat 2 negara dekat atas, aku dah bazirkan masa aku yang teramat lah berharga ni. Ruginya aku. And semalam ada satu feel yang lain. Lepas baca entry Kak Dila, bace blog2 yang kawan2 post dekat fb, malam tu sebelum tidur ada satu feeling yang dah lama aku tak rasa. Sejak dekat Tanta. Rasa yang aku selalu rindu. Rasa yang aku patut rasa setiap hari.

Aku tersedar yang aku selalu lupa bahawa,

mata yg asyik melihat pada perkara2 melekakan ini MILIK ALLAH,
mulut yg sering dgn gelak tawa ini MILIK ALLAH,
telinga yg slalu disi dgn hiburan dunia ini MILIK ALLAH,
tapi jarang aku gunakan ke JALAN ALLAH.

Setiap air mata yang menitik buatkan aku ingat saat dulu. Ruginya aku kerana biarkan air mata ni mengalir untuk dia yang bernama lelaki. Ruginya aku kerana jika dulu aku menangis untuk Kau Ya Allah lebih untung bagiku. Ruginya aku.Rugi. Aku tersedar yang tiada gunanya tawa yang berlebihan di dunia ni kerana ia tak kekal. Aku tersedar yang segala-galanya milik Dia. Aku tersedar yang aku telah jauh dari Dia. Maafkan aku Ya Allah.

Apa guna hidup senang di bumi, Apa guna hidup gembira di bumi, Apa guna hidup disegani di bumi,
Andai di akhirat sana kita diseksa, Andai di akhirat sana kita menangis, Andai di akhirat sana kita tidak dipandang Allah...
Astaghfirullah~

'AKU HARUS BANGKIT DARI SEMUA GODAAN DUNIA! KERANA IA MERUGIKAN'




I LOVE ALLAH AND RASUL


Thursday, January 27, 2011

winter break!

salam..

hati aku ni kena ubat setiap minggu kot baru segar balik..program TAKE OFF smlm lagi skali suntik semangat aku..jadi berkobar-kobar..walaupun segala isi program sama mcm program2 lain... tapi semua benda tu la yang selalu buat aku peka dengan tanggungjawab aku kat dunia ni...terima kasih kat mama and ayah yang jaga ati...kakak2 and adik yang teman ati...mummy maksu aunty pakngah yang byk tolong ati..cikgu2 yang byk ajar saya...teman2 yang byk bimbing aku.... terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak gila la dkt akak2 and abg2 yg bg smgt smlm..I LOVE YOU GUYS SO MUCH~ tak tipu! hehe kita kan bersaudara~~~~
terima kasih Rasullah kerana teguh membangunkan islam...(i miss you so much)....

tapi yang paling penting TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KURNIAKAN NIKMAT IMAN DALAM DIRI AKU SEJAK LAHIR....segala puji bagiNya...

AKU HIDUP DEMI,
ALLAH
ISLAM
RASULLAH
MAMA AND AYAH
FAMILY
GURU
TEMAN

Nurul Izzati Mohd Ariff
I LOVE ALLAH AND RASUL


Saturday, January 22, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN..

Assalamualaikum...

ye tau dah lmbt...ye tau hari ni 22 hb...ye saye tau saye lupe...nak mintak maaf gle2 dkt Cik Nur Hafizah Binti Mohd Zin...setelah hampir 15 tahun kawan, tahun ni dengan suka hatinya saye terlupe bday die yang ke 19 tahun...asifah jiddan..terasa diri ni bukan seorg kawan yang baik.. pentingkan diri pon ada...sorry again..boleh kata setiap tahun kan kita sambut birthday sama2... kecuali 2 tahun yang gaduh dkt sek ren tu...foolish habis....tahun ni dan 5 tahun akan dtg pon x kan dpt sambut sama dah..sedih kan...nnt dah ada family sendri pon x kan nak smbut ngn aku plak en.. baru aku tersedar bday kau tahun lps tu boleh jadi bday terakhir kite sambut same2...dkt TS en?? tmpt tak romantik pon...haha..tp jadi lah janji dpt sambut sama2..drpd tahun ni..dah la aku wish lmbt, hadiah x dpt kasi, jumpe pon x dpt...sedih sedih..nak buat cmne..x de rezeki..apa apa pon.. utk bday kau tahun ni aku doakan kau sentiasa diberkati Allah..dilindungi Allah dari segala perkara tak elok..supaya Allah terang kan hati kau untuk belajar..tenang kan hati kau utk hidup kt bumi ni..and kuat kan iman kau untuk m'hdapi semua godaan dunia...jgn sedih sedih lg..jgn risau2 bende patut...and mcm aku ckp dlm msg.. JOM MASUK SYURGA FIRDAUS SAME2! ingat tetapkan matlamat tertinggi kte pada akhirat.. menuju syurga firdaus...SAYA SAYANG KAMU wahai sahabat. (skrg aku dah jiwang sket..kak Melly aku ajar..hee)

Nurul Izzati Mohd Ariff
I LOVE ALLAH AND RASUL
I LOVE MAMA AND AYAH TOO

AND SPECIAL FOR THIS POST I LOVE HAFIZAH MOHD ZIN

Friday, January 14, 2011

Bahana FB

Assalamualaikum...

"asal tak buat facebook weyh?? sape je yang x de fb skrg..ko sorang je..kuno gile kot"
wajib ke semua org ada acc fb ni?? hebat ke seseorg tu bila dia ada facebook?? glamor ke seseorg tu dgn fb??

setuju tak kalau saya kata fb ni sgt berpengaruh smpai makcik makcik suri rumah yang bosan kat rumah tu pon dah ade fb skrg...haha memang sedar je pun kalo kt kl tu pon satu rumah dah ada fb kecuali kakak sorang tu.( bagus KB dont sign up for fb membazir waktu).

apa niat asal kita buat fb yek??kalau tanye saya, untuk senang update dgn kwn2 sekolah..trend pon boleh jugak sbb sebelum ni friendster lepas tu myspace next mesti kene tuka facebook sbb semua org dah 'berhijrah' ke fb kan.kalo x tuka macam so 'lame' kot..haha dulu selalu je perli budak-budak yang still gune myspace..." kau gune myspace lagi? dah berhabuk la weyh skrg kan org pkai fb..apela"

haaa berbalik pada niat tadi, bila dah ada facebook tbe-tbe dtg niat-niat lain pulok. nak show off gamba2 kte yg prasan cantik tu la..(aku la tu prasan)..sbbnye bile org puji sket kembang semangkuk kan...mungkin sesiapa yang terasa try nak deny apa yang saya cakapkan kat atas tapi hakikatnya niat tak elok tu akan datang dgn sendirinya bila kita dah leka sgt melayan facebook ni...mungkin korang akan cakap facebook ni bagus untuk update dgn family saudara-mara schoolmate drjah satu ke jiran time duduk Sabah dulu ke tak kesah la...mmg ade betulnya tapi mcm yang saya cakap td, dia akan menyimpang ke perkara2 lain..

ramai je wanita upload gamba-gamba yang diorg rasa ok a.k.a tutup aurat a.k.a tak seksi a.k.a sopan dekat fb kan..tapi sebenarnya diorg silap..silap sgt..mungkin diorg x sedar yang gambar2 diorg ni boleh menggegar iman seorang makhluk bernama LELAKI...tahu kah kita

seorang lelaki yang melihat aurat wanita dah berdosa
seorang wanita yang mendedahkan auratnya mendapat 2 kali ganda dosa

Rasulullah SAW bersabda: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka
yang mendedahkan (dosanya) ada dikalangan yang mendedahkan ini, melakukan
suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedangkan Allah menutup dosa itu, namun
tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata : "Wahai fulan, semalam
aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka
(rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.
(riwayat al-bukhari dan muslim)

sangat terasa didalam hati...bila baca ayat-ayat ni terus rasa nak buang semua gamba dalam fb..terasa diri sangat jahil...SANGAT..bukan sikit punya..semua niat2 yang tak baik, tersimpang dari niat yang sepatutnya...ya Allah ampunilah aku...

so kawan2 jom lah sama-sama kita fikir balik KENAPA ADA FB...kalau utk berdakwah dan sebagainya saya setuju juga...sbb semua tu utk Allah..tp for those yang salahgunakan fb ni utk puaskan niat mereka, nafsu mereka, riak dan ujub mereka sila lah STOP! jangan nnt dekat akhirat berkilo kilo dosa kita sbb fb ni..tak berkilo berkati bertan ke...sape susah kita lah susah! x de org lain nak tolong tau...nak ke duduk neraka?? walau sesaat pon x sanggup tau..jgn kate nak masuk nak tgk pintu neraka pon x mboh...

taknak ke kita tros pasang gear 5 lalu titian sirat and jejak kaki kat pintu syurga??? tak nak?? mesti nak kan? so kalo nak seribu daya x hndak seribu dalih...

aku nak masuk syurga! jom korang!

izzati ariff
i love Allah and Rasul
i love mama and ayah too





Saturday, January 8, 2011

9/11


assalamualaikum..


.." the flash back of the enormous emotional wound left by the 9/11 terrorist attack is playing back..Most of us knew someone died there, may be the correct term is buried alive. Desperation of the rescue workers ,some of them lost their lives. The images of the towers exploding and people jumping from impossibly high storeis.A heartbreaking experiences ,environmental disaster that the Muslim worked got blamed for it.
We often hear that all terrorists are Muslims. Today There was a TV SHOW where Europeans speaks about religions, some British women said that whenever their teachers speech about Islam, they say to their class all what you need to know is that they are terrorist!!!.
Sept. 11 is a major human tragedy and whatever the truth about it wither it is done by Muslims, by Israelis, or an inside job,it is not and never was an act of war of Muslims against America. MUSLIMS not at war with USA, also America is not at war with Muslims. Three fact remain - the TWC and Pentagon were hit, -people did die, and the world was never the same after .
The "Ground Zero" site has the people looking at it in a special way. It is a site of a memorial to the dead — who belonged to no one single faith, and in my opinion no mosque, or any house of worship, belongs there. That place is constant reminder of something we can not forget. The last thing Muslims want is to build just a mosque out of defiance to the others. It is just un-Islamic and Muslims world wide are against building this mosque. The selection of site near the ground zero is wrong. it already regarded as a provocation and the anti-Islamic taking a kick out of it, they are pushing their delusions and escalating the anger. Muslims never build mosques at their victory sites ,it's a myth. Besides, there was no Muslims victory there.
Even though Muslims do not want a mosque to built but the dispute has escalated . Since the controversy erupted it almost all what major television programs are talking about , it reached the front pages of the press. Petitions and demonstrations seems to be everywhere in the US and on the internet, all calling for preventing the building of the mosque and reminding the people of the 11 September crime. Connecting the building of the mosque to 9/11 tragedy is unethical, using people grieve to surf a political petition ,how cruel!..."

NURUL IZZATI ARIFF
I LOVE ALLAH AND RASUL

Tuesday, January 4, 2011

S.BERRY,COAT,VESPA.



strawberry sini sgt besau..and sedap..hohoho..manis pule...tapi kdg2 ade je yg msm..but i enjoy them both..i love strawberry yaw!




nilah coat mummy tu..hehe smart x ati pkai?? diorg kate smart..mcm nak g ofis..hik hik





sini byk vespa kak best gle..rase nak beli satu bg ko hadiah kawin..heee

NURUL IZZATI ARIFF
I LOVE ALLAH AND RASUL