Saturday, January 1, 2011

Antara IJAZAH wa RISALAH

Assalamualaikum....

'demi matahari dan sinarnya di pagi hari~~' haha bukan nak sebut ayat surah shams tapi ini alarm hp..huhu pukul 2.27 A.M. aku terjaga sebab nak terkucil..haha niat nak bangun pukul 4 sebabnya semalam aku main tidur aje..dengan badan x terurus, katil bersepah, beg tak kemas...tapi alhamdulillah Allah awal kan waktu bangun tidur aku..^^, lepas dah bersihkan diri semua aku makan ubat sapu ubat yang Dukturah Suha kasi semalam..hee agak menyesal sebab tak buat qiam.. tapi rindu terlepas dapat contact family..walaupun webcam tak jelas. borak punya borak sampai tak nak tutup ym tu..huhu nasib baik tak terlambat untuk siap-siap pergi Balteem tu..lepas siap pakai baju, nasib baik sempat buat 'egg role' untuk dijadikan breakfast...

dalam pukul 7 pagi dah kumpul kat lobi bawah....tapi sempat pulak lagi urinary bladder ni buat hal, time itula nak terkucil..so naik atas balik lepas kan hajat...turun lobi balik tengok tak ramai orang lagi...so tunggu jela sampai semua orang ada...tangkap2 gamba dulu sebelum bertolak..haha semua orang berkoba koba je nak pergi pantai...

dalam tremco=van semua orang menikmati pemandangan sawah...terasa macam kat kampung kat malaysia tu...RINDU! ok, then kak F bersuara, dia suruh kitorg kongsi apa yang kitorang rasa bila tengok keindahan ciptaan Allah..aku memang tahap blur la...susah nak menyingkap kata2..haha so kak F1 sendiri bagi contoh...contohnye unta yang dia nampak time perjalanan... batapa hebatnya Allah cipta unta tu boleh tahan keadaan kat desert...kalau kita dicampak kat desert tu 3 hari dah K.O kan?..tapi unta ni sangat unik ciptaan dia..and kak F2 pulak bagi contoh keldai...hehe kita tengok keldai ni sebenarnya sangat tough...kalau macam kat tanta keldai tu boleh tarik beban yang sgt banyak...nampak je dia macam x larat tapi dia still mampu bergerak.. tapi ramai yang kutuk keldai ni..bodoh la...sebodoh bodoh keldai pun, dia taat kat tuan die and paling penting dia taat kat Allah..manusia pun tak semua taat kat Allah...

dari perkongsian akak-akak tadi aku rasa sangat kerdil tiba2..bila tengok langit yang luas yang boleh stay kat atas tanpa tiang pon...banyak lagi benda yang kita dapat kalau betul2 mengahayati ciptaan Allah...akak F1 ada bagi ayat 3:190,191..dalam ayat tu ada satu doa yang diajar bila kita tengok ciptaan Allah..'robbana ma kholaqta haza baa Tila, subhanaka faqina 9azabannar' maksudnye "Ya Tuhan kami,tidaklah engkau menciptkan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"..jadi akak F pun galakkan ktorg hafal and apply bila tengok semua keindahan ciptaan tuhan bila dah sampai pantai nanti..

Alhamdulillah, rasa sangat seronok bila dah nampak pintu gerbang Balteem tu..hee...bila nampak pantai lagi lah bertambah teruja...walaupun ada masalah imarah yang ktrg tempah tu, program still diteuskan, best juga lah...main pepsi cola. pijak2 kasut orang..then main sambung2 ayat.. lepas tu last sekali main taaruf..hehe semua game best...memang time tu tengah tahan sejuk sebab angin pantai sangat kuat..tapi berbaloi..huhu..tapi kesian dekat akak2 yang x sampat nak habiskan game taaruf diorg sebab dah kena gerak imarah baru...sampai aje imarah akak2 dah hidangkan lunch..lauk ayam masak merah dan sayur kobis..sedap la kak D and kak F2 masak!! huhu.. tq kak <3>

selesai solat ada pengisian yang sangat menarik..oleh akak 4th year uni Cairo kalau tak silap..kak A. muqadimah dia kasi satu 'hadis riwayat imam ahmad; sekiranya berlaku kiamat, sedangkan ditangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia akan mendapat pahala'...mesti semua pelik kenapa nak tanam kurma walaupun dah dekat kiamat..macam susah nak explain dengan terperinci..tapi apa yang aku dapat adalah, contoh macam aku, student, baca buku or timba ilmu tu kan dapat pahala, so tak salah kalau kita baca buku setiap hari even bukan dekat nak exam..ada lagi penerangan yang lebih mendalam tapi takut salah ulas x pasal2..

---------------------------------bersambung---------------------------------------------------
kerana masa tak mengizinkan..ana nak tidur..esok ada kelas..hee

Nurul Izzati
I LOVE ALLAH AND RASUL


No comments: