Tuesday, March 8, 2011

Tersedar!

Assalamualaikum~

Dah lama sangat aku tak update ni. Dah berapa banyak peristiwa jadi. Dah berapa banyak masa berlalu. Tapi aku rasa macam berapa kerat je benda berfaedah yang aku buat. Mungkin ada, tapi x banyak. Aku selalu macam ni. Menyesal lepas semua dah lepas.melepas~ haila.

last entry pasal winter break.haha winter break pon ke mane aku pon ke mane.
exam-study-rusuhan-kecoh-takut-cuak-gelabah-tbe2 no heart feeling-movie-buang masa. -_-
Tanta-Cairo-BKAWM-makan-movie-more masa terbuang. -__-
Cairo Airport-movie(sempat lagi kan, x snonoh)-JEDDAH.

Dekat Jeddah ni menarik.Tak pernah terfikir akan jejak kaki kat bumi tu semuda ni.ingat kan time nak pergi Haji nanti. Tapi perancangan Allah tu kan yang terbaik. ;D. First impression for tmpt Tabung Haji tu is 'Wow besar gle'.tapi tu pon impression lps sdr dr bgun tdo. sbelom tu sume x btol.haha.buka buka mata je nampak kak Malia luar bas. Heh mule2 ingat mimpi. Rupanya memang dia.Tengah semangat tunggu trip2 baru sampai. Dalam mamai mamai tu turun salam kak Malia and tak sempat nak tanya apa2 terus daftar nama.

Ambil food (Al-Baik nyum nyum) and still dalam mood mamai sampai food tu jatuh tergoleh di tanah.Tapi sebab atas dasar 'darurat mood' (lah sangat) aku pun kutip balik. Lagi pun delum lebih 3 saat. Dah tak fikir apa dah dalam keadaan bengong2 macam tu. Kami gerak ke 'gudang' (idk what it's call) tempat untuk kami berehat. Time masuk tu, takut~~ pelajar2 dari trip2 yang awal muka da macam zomba! huhu. Mungkin terlalu penat menunggu dalam gudang. Sampai akak2 yang dulu selalu dengan senyum besar dah x terdaya nak senyum dah aku tengok. Kesian. So aku manfaatkan tempat yang ada untuk berehat and solat. For me it is quiet an experience! dapat tidur dalam 'gudang'. Bukan mudah. Alhamdulillah after solat Subuh kami diagihkan ke bilik dalam blok blok tinggi depan'gudang' tu.

Pengalaman pertama satu bilik dengan senior2 Tanta yang kurang rapat. BEST! haha mereka semua lawak.Dan rajin.Dan baik hati.Dan suka berkongsi.Dan malangnya ada sorang suka membuli. Tapi hati dia baik.truly. Bila tengok gelagat mereka, macam2 aku belajar. Dulu aku selalu takut atau malas untuk ada kawan baru. Takut susah adapt. Takut tak satu kepala. Tapi bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. kan ;). Untung duduk sana. Makan banyak. Banyak gila! tiba-tiba tak rasa macam darurat. Jazakallah to those yang work hard untuk kami. Banyak makan dan banyak tidur. Sampai tahap rutin kami makan-tidur-makan-tidur-makan. Boleh gemuk aku! But still, thank you Allah for the rezqi. :))

Boleh dikatakan aku membuang lagi masa aku kat sana. Ruginya~rugi. Untuk beberapa hari terkahir dekat sana, aku pergi lepak dengan senior2 Tanta. Rindu mereka. Banyak yang aku dapat.Banyak.Pengalaman tidur sebelah akak 'Minicooper'. Hak Hak. taubat dah tak nak lagi. ;D. Seronok bila dapat join mereka pergi usrah dekat sana.Untungnya kami junior2 ni ada senior2 dekat mesir tu yang sangat sedar tentang tanggungjawab saling mengingati. ^__^. Walaupun tak diajak secara terang-terangan. But it's ok. huhu. Dapat semangat baru lepas pergi usrah tu. Walau pun sekejap.Terasa sekejap sangat. Tapi Alhamdulillah dapat something.

Semangat yang tadi diolah menjadi semangat beli jubah bila sampai dekat cafe bawah dengan akak2 tu semua.hoho.dapat kawan baru juga. Tapi lupa pulak nama akak n9 tu. Adeyh ni la aku susah sangat nak hafal nama orang. Lepas tu ada pulak adegan sweet kak Ain dgn kak Yanna. huhu. And aku hampir musnah kan plan kak Ain. huhu.sory kak. Lepas penat shopping (lama tuu tunggu jubah new edition sejam lebih) kami gerak balik. Hantar kak Ain dlu sbb nak lancarkan plan die utk kak Yanna tu. Duduk makan2 kejap, sampai tengok jam dah dekat nak pukul 1. Kami kami ni macam lepas gian pulak lepak sampai tengah malam. huhu. Sebelum naik bilik balik kak Ain kasi hadiah yang beli kat cafe tadi. Havoc betul time beli.

Sampai je dekat bilik mereka, akak2 lain pun tak tidur lagi. Macam tau tau je that is the day. Tiba2 dengar suara pakcik yang selalu buat announcement siapa balik siapa x balik. Kami pon terus keluar beranda. Hari memang dah lewat tapi suara pakcik tadi bagi tenaga xtra untuk aku berjaga.huhu. Dengar dengan tekun nama2 siapa yang balik hari tu. Mula2 sedih sebab macam tak dengar pun nama aku dalam list tu.Tapi second announcement ada pulak. Eisyh pakcik ni main cak cak pulak. So sebabkan tak puas hati kami turun untuk tengok hitam putihnya. Cewah. Perasaan time tengok senarai nama tu macam time ambil result SPM. Antara balik atau duduk lagi sehari. Aku dah tak tahan. Alhamdulillah Dia tentukan tarikh aku balik ke Malaysia 12 Feb. Happy sangat2 time dah confirm kan nama tu. Lagi happy dari time dapat result dulu.

Dan aku fikir dekat Malaysia boleh buat lebih banyak benda berfaedah dari duduk terperap dekat Jeddah. Tapi aku tak kuat untuk hadapi hari2 dekat Malaysia ni. Maybe time dekat Jeddah terover confident dapat tolak semua godaan. Memang aku dapat tolak tapi tak semua. Terutama godaan tidur tu. Adoy~ Sampai buat alasan yang rumah ni ada aura tidur. Rumah selesa sangat sampai rasa nak berehat je. Malaysia punya wheater suam2 kuku sampai buat aku terbuai2 je pagi2. adeyh. Padahal aku tak cukup kuat lagi nak elak nafsu tidur tu. Jadi macam dekat 2 negara dekat atas, aku dah bazirkan masa aku yang teramat lah berharga ni. Ruginya aku. And semalam ada satu feel yang lain. Lepas baca entry Kak Dila, bace blog2 yang kawan2 post dekat fb, malam tu sebelum tidur ada satu feeling yang dah lama aku tak rasa. Sejak dekat Tanta. Rasa yang aku selalu rindu. Rasa yang aku patut rasa setiap hari.

Aku tersedar yang aku selalu lupa bahawa,

mata yg asyik melihat pada perkara2 melekakan ini MILIK ALLAH,
mulut yg sering dgn gelak tawa ini MILIK ALLAH,
telinga yg slalu disi dgn hiburan dunia ini MILIK ALLAH,
tapi jarang aku gunakan ke JALAN ALLAH.

Setiap air mata yang menitik buatkan aku ingat saat dulu. Ruginya aku kerana biarkan air mata ni mengalir untuk dia yang bernama lelaki. Ruginya aku kerana jika dulu aku menangis untuk Kau Ya Allah lebih untung bagiku. Ruginya aku.Rugi. Aku tersedar yang tiada gunanya tawa yang berlebihan di dunia ni kerana ia tak kekal. Aku tersedar yang segala-galanya milik Dia. Aku tersedar yang aku telah jauh dari Dia. Maafkan aku Ya Allah.

Apa guna hidup senang di bumi, Apa guna hidup gembira di bumi, Apa guna hidup disegani di bumi,
Andai di akhirat sana kita diseksa, Andai di akhirat sana kita menangis, Andai di akhirat sana kita tidak dipandang Allah...
Astaghfirullah~

'AKU HARUS BANGKIT DARI SEMUA GODAAN DUNIA! KERANA IA MERUGIKAN'




I LOVE ALLAH AND RASUL