Sunday, November 27, 2016

Surah Taubah ayat 35 pg192

Friday, November 25, 2016

Mathurat

Kenapa ada orang malas nak baca mathurat pagi petang? Bukan ke benda baik tu. Dapat pahala lagi.

Aku kenal mathurat dalam usrah, and memang jadi rutin baca mathurat pagi petang. TAPI lama-lama aku makin hilang dari jalan ni. Mathurat pon rasa berat, rasa terpaksa.

Aku decide untuk pause and cari balik tujuan aku. Kenapa aku kebelakang? Best ke hidup dalam kesenangan dunia sampai lupa akhirat? Puas aku cuba hadirkan rasa yang aku rasa waktu awal-awal join usrah. Aku doa dekat Allah banyak kali. Tapi mungkin tak cukup usaha aku.

Aku cuba dan cuba juga untuk Allah hadirkan balik rasa tu. Kadang ada masa aku terleka balik, tapi akan ada je masa Allah jentik hati untuk terus keep on track cari lagi cinta Dia.
I try. And still trying.

Harini rasa lain sikit, aku ada rasa untuk baca mathurat betul-betul. Dan faham betul-betul apa makna and fadhilat mathurat. Memang rugi lah kalau aku tak baca zikir yang Nabi dah ajar ni, sebab setiap doa dan zikir dalam tu, semua menguntungkan orang yang amalkannya.

Nak perlindungan dari bahaya ada zikir dia
Nak bebas dari seksa berhutang ada zikir dia
Nak dihapuskan semua dosa ada zikir dia
Nak senang masuk syurga ada zikir dia

Lepas tu, kenapa aku nak malas sangat baca mathurat tu? Padahal nikmat yang aku dapat, masyaAllah tak terkata banyak dia.

Kenapa malas? Sebab iman tak kuat kot. Istighfar aku kurang. Doa tak bersungguh. Tahajud pun tah kemana.

Tapi aku yakin jela, tak susah untuk berubah balik. Yang penting setiap hari aku ada rasa untuk lagi dekat dengan Allah. Setiap kali ingat Allah terus banyakkan istighfar and doa yang baik-baik dengan ikhlas. Aku yakin, sangat yakin Allah tak akan tinggalkan aku terkontang kanting. Dia maha Penyayang. Aku kena cuba lebih dan jangan pernah stop mencuba.

P/s: dear future me, if you are reading this and you are in a state of low iman, renungkan lah setiap bait ni, and rasa balik setiap rasa yang kau rasa hari kau tulis pot ni. Dan banyakkan istighfar.

Moga Allah redha :)

Wednesday, November 23, 2016

harijadi 🌙

23November2016

Perjalanan balik dari gamaah petang tadi terserempak dengan seorang ibu dan dua anak perempuannya. Masing-masing seronok cerita tentang apa yang dorang belajar dekat sekolah. Aku yang jalan sorang ni pun boleh happy dengar. Apa yang dorang belajar? Hadis nabi. Semangat masing-masing tasmik depan ibu dorang. Dan setiap kali sorang habis baca, ibu dorang akan puji "bravo alaik". Setiap kali.

Kadang-kadang sebab ni lah aku suka jalan sorang daripada jalan berteman. Kadang-kadang banyak kita boleh dapat dari stranger daripada dari orang yang kita kenal. Tapi, kadang-kadang je la.

.......…………………………

Malam ni kitorang nak sambut hari jadi kak dal. Moga hadiah tak seberapa ni boleh gembirakan hati orang tengah study nak exam :). Moga Allah redha.

P/s: dear future me, if you are reading this, cuba la contact dengan mereka. Bawa anak-anak sekali ;)

Tuesday, November 22, 2016

Rohingya

21November2016

Kita selalu beri alasan susah untuk membantu orang2 yang ditindas di luar sana. Kononnya kita tidak mampu.

Today, i came across a humanitarian poster about the Rohingya's in my facebook wall. I hesitate at first whether to donate or not. It's just because i am too lazy to take out my hsbc device and do a simple online transaction. When i realized this foolish reason of mine, I'm ashamed of myself. 

Terlalu mudah untuk membantu dan membuat amal, tapi dengan alasan malas aku pilih untuk tidak beramal? Foolish of me to do that.

But Alhamdulillah, Allah has guide me to do the donation. 

Buang jauh2 perasaan malas. Buang jauh2 rasa takut duit kita berkurang, dan berilah semampu kita. Kerana terlalu mudah untuk beramal sekarang. 

Jadi kenapa sia-siakan jalan mudah yang Allah dah kasi?

P/s: dear future me, if you are reading this post, please istighfar and do more next time, give more and do more for others. 

Semoga Allah redha :)

Monday, November 21, 2016

Kembali

20November2016

Terlalu lama.

Bila kita tengok diri kita yang dulu, kita nampak berapa banyak kita telah berubah. Masa yang lama itu mematangkan. Kehidupan berubah, begitu juga manusia.

Aku rasa aku patut catit semula kisah hidup supaya aku yang akan datang boleh belajar dari aku yang hari ini. 

Biar ruangan ini jadi tempat aku meluah rasa.

P/s: Tulisan ini tulisan pasca AADC2 kali kedua, so i may sound a little bit puitis. Sorry dear futureMe :)