Friday, April 29, 2011

L.O.V.E

بسم الله الرحمن الرحيم
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm

Siapalah aku menolak cinta,
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa.
"Hanya Tuhan yang mampu beri kita Cinta yang Agung"


Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal RasulNya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga.
"Pada merekalah perlu kita beri Cinta kita"


Di batasan cinta syariat terjaga,
Tanpa keraguan tanpa kesangsian.
"Peliharalah dirimu dari godaan Cinta yang hina"


Betapa sucinya kasihMu Tuhan,
Betapa agungnya kebesaranMu,
Diri ini mengharapkan cintaMu,
Kekalkanlah rasa kehambaan ku.
"Aku memerlukan CintaMu ya Allah, Cinta utamaku"


Bila cakap pasal Cinta mesti nak kaitkan dengan pujangga (haha ambik kau pujangga aku kasi). Dah bosan. Hanya pada lelaki je ke cinta kita ni layak diberi? Sekarang baru aku sedar Allah yang paling berhak terima Cinta aku..bukan manusia semata. Specific lagi, bukan lelaki semata. Inilah penyakit paling teruk sekarang dekat Malaysia.

Remaja + Cinta dusta = Kemurkaan Allah

so, kawan-kawan JOM Cari Cinta Illahi!

p.s : tapi bila tiba waktunya jangan tak cari pula cinta lelaki. we need it too but NOT NOW!(for those yang berumur agak2 mudalah)


IzzatiarifF
I LOVE ALLAH AND RASUL.

No comments: